lavender ammireeqa

Search This Blog

Friday, April 20, 2012

10 Keajaiban Di Dalam Hubungan PerCintaan


love

Setiap manusia di muka bumi ini mengetahui cinta itu indah dan membahagiakan. Apabila ia datang dalam kehidupan seseorang itu, segala yang pahit akan menjadi manis, segala yang sakit akan terawat dan segala yang buruk akan menjadi cantik.
Bak kata pepatah cinta itu buta dan itulah antara yang menarik mengenai sesebuah hubungan cinta. Bagi yang masih ingin tahu apa lagi kejaiban mengenai hubungan cinta, disini kami akan paparkan buat anda.
  • Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata, antaranya mampu membuatkan sesorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya.
  • Hanya dengan cinta seseorang yang tidak pernah senyum, pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat.
  • Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu meembahagiakan tetapi cinta juga sebernarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan.
  • Apabila berbicara soal cinta tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
  • Kuatnya cinta ada kalanya boleh meruntuhkan gunubng yang gah, bukit yang tinggi dan laut yang luas.
  • Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan. Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat.
  • Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai anda sama seperti anda mencintainya. Ini kerana salah seorang di antara anda pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
  • Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang penting, harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
  • Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah atapun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.
  • Bila tiba saat anda mencintai sesorang, anda harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.
Jadi benarlah kata orang cinta mampu mengubah segala-galanya dan mengubah apa yang mustahil ke tidak mustahil. Namun tidak semua cinta itu membahagiakan kerana setiap cinta itu juga ada juga kesakitan dan kelukaan.
Ada juga yang berkata “cinta itu ibarat makan sambal belacan. Walau terasa pedas masih mahu dimakan juga” yang bermaksud walau betapa sakitnya penderitaan cinta itu manusia masih akan meneruskan untuk mencari cinta sehingga menemui cinta yang sejati.
Jadi cinta pada anda pula bagaimana? :)

awak , lepas dah baca , jangan lupa LIKE taw .

No comments:

Post a Comment